Jangan Benci Depresiku
By Akim S.
"Aku memilih
untuk melawan kemurungan kerana aku sendiri telah menyaksikan bagaimana
kemurungan itu telah menjadi peragut.
Peragut yang sangat professional.
Secara diam ia bertindak bak ular berbisa. Segala keceriaan, gelak tawa, senyuman
sepantas kilat diragut pergi.
Sedih. Sangat sedih apabila
sahabat sendiri yang didepan mata mengalaminya.
Orang yg selalunya aktif berubah menjadi seperti orang yang tiada
berkaki. Sungguh depresi ini sangat bahaya.
Aku berharap tidak lagi ada yang mengalaminya kerana sungguh berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul"
Secara
tiba-tiba itu yang terlintas di fikiran Ifra apabila dia terlihat tajuk sebuah
buku. Tajuk itu telah menjadi satu signifikasi
dalam hidupnya apabila insan yang sudah seperti keluarganya sendiri
mengalaminya
Matanya
terus tertancap pada buku yang bertajuk “Depression” yang terletak kemas di
rak. Di sekelinginya tersusun banyak lagi buku-buku motivasi yang lainnya. Mindanya
turut menerawang dan berlayar ke memori silam di mana zaman belajarnya dahulu.
Delisha
sahabatnya bergegas mahu pulang ke bilik
Delisha:
Aku balik dulu tau Ifra, ada kerja sikit nak settle.
Ifra:
Ehh bukan kita janji nak g makan ke?
Delisha:
hmm takpelah, aku ade hal ni, sorry.. (dan
bergegas pergi)
Ifra
terkebil2, dan hanya mampu memandang Nisa yang turut sama berada di luar kelas
kuliahnya: "ok jomlah, Delisha tak
dapat join. Kita berdua jelah…" Nisa hanya mengangguk dan mereka beriringan
menuju ke kafe.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Di bilik Delisha
Delisha
menutup langsir,
Langsirnya
dibiarkan tertutup dan dibiarkan biliknya gelap. Dia berbaring dan menutup seluruh badannya
dengan selimut. Baju ke kelas tadi masih
utuh, lansung tidak dibuka, dia hanya sekadar membuka tudung yang tersarung.
Dia berbaring sahaja dan cuba untuk menutup mata tapi dia tidak mampuu
Dia
terimbau peristiwa di kelas, dirasakannya segala yang berlaku, yang
diperkatakan di dalam kelas tadi semuanya tertuju utk dirinya
Arghhh!!! Kenapa dengan semuaa orang!!! Apa salah
akuu?!
*Hati
Delisha meraung
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Kafe:
Kelihatan
Ifra dan Nisa sedang menghirup air yang dibeli mereka dan kelihatannya agak
serius muka masing2
Ifra:
Kau perasan tak yang Delisha lain la beberapa hari ni.
Nisa:
Betul tu. Dia pelik la. Biasa tak macam
tu pun. Selalu ceria je, pantang ajak
makan dia yang biasanya excited. Pelik
la
Ifra:
Itu la. Takpe, balik nanti aku pegi bilik dia tnya dia, kot-kot dia ada masalah
Nisa:
Haa boleh2. Apa-apa kau roger la. Aku
takleh nk teman, aku ada meeting
Ifra:
Eh takpe je. Bilik aku sebelah je dengan
dia.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Toktoktok...
“Assalamualaikumm”
(diulang beberapa kali tapi tiada yang menyahut) “eh takde
orang ke?” Monolog Ifra dalam hati.
Ifra
memulas tombol pintu, sambil menjenguk ke dalam.
"Gelapnyaa, takde orang ke? Hmm, eh kipas
terpasang, mesti dia ada"
“Assalamualaikum..
Hoii buat mende tu.?”
Macam biasa Ifra dengan gelagat xtahu malunya menyergah Delisha.
Delisha
hanya diam membisu, hanya sekadar menjawab salam. Tak seperti kebiasaan yang pasti akan hoi kan
semula si Ifra.
Ifra
agak kaget dan terus ke arah Delisha. Terus berubah sikap dia yang macam monyet
mendapat bunga menjadi wanita melayu terakhir dan terus duduk di biraian katil
bersebelahan dengan Delisha yang sedang berbaring.
Ifra: Delishaa, kau okay tak ni? Btw sorry sergah. Kau marah aku ke?
Delisha: hmmm
Ifra: janganlah macam ni weyhh. Sorry
Delisha: hmm, bende tu datang balik. Aku takuttt
Ifra: haaa?
Benda apa? Kau jgn …
Delisha: yang macam sem lepas ..
*Ifra
tahu tp dia diamkan dahulu
Ifra: kenapa weyh, kau rase macam mana?
Delisha: aku takut, aku rasa ada orang je perhatikan
aku. Sekarang ni pon. Shhhh..
Jgn cakap kuat2
Ifra: (meremang
bulu roma tp dia control macho ehhh silap steady) ohhh ye ke. Sebab ni ke kau tetiba
taknak join makan tadi? Dah makan blom
ni?
Delisha: hmm.
Blom. Takde selera. Takpe2 terima kasih Ifra. Aku nk tido
Ifra: Kau make sure makan tauu! Ni dah solat blom?
Delisha: Okayyy.. (dengan
lemah).
Aku ABC (Allah Bagi Cuti).
Ifra: hmm patutla.. (detik
hati kecilnya)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Zuupp
zuup
Fon
ifra bergetar menandakan whatsapp masuk
Nisa: Salam Ifra, macam mana Delisha?
Ifra: Waalaikumussalam Nisa, benda sem lepas datang lagi
Nisa: benda ape mksud kau ni?
Ifra: Dia jadi macam hari tu Nisa, duduk dalam gelap,
sorang2, selimut diri and dia rasa ada orang perhatikan dia
Nisa: Ya Allah, btol ke? Kita kene tolong dia
Ifra: Betul Nisa.
Kita tak boleh tinggal dia. She
needs us !
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Beberapa
hari kemudian..
Toktoktok
Ifra mengetuk sambil memberi salam.Tapi senyap tiada balasan
Terus
dipulas tombol pintu. Bilik Delisha sudah
menjadi bilik keduanya
“Eh si Delisha ni dh pergi kelas tak tunggu
aku ke? Bilik gelap, kipas tak terpasang”.
“Eh ada je. Ya
Allah tido lagi budak ni”
*macam
biasa perangai makcik2 si Ifra menjengah dalam diri dia.. membebel sorang2
Ifra: Delisha oo Delishaa. Assalamualaikum. (Smbil menggerakkan tubuh Delisha)
*Terpisat2
si Delisha.
Delisha: ye Ifra kenapa?
Ifra: kau demam ke sha? Awat kipas tak terpasang? selimut litup? (smbil memegang dahi) eh tak panas pon
Delisha: eh tak demam pon. Kau pegi je lah kelas aku tak pergi kot
Ifra: eh jomlah.
Aku tunggu kau kita pergi sekali.
Delisha: takpe dah lambat ni. Tunggu aku nanti kau pulak yang lambat.
Ifra: kau ni kenapa Sha. Aku risau la tengok kau macam ni. Tak biasa kau macam ni. Ni bilik kau ni bersepah semacam aku tengok. Duduk dalam gelap macam ni tak elok Sha.
*smbil
dia menarik langsir bilik Delisha, terus terang benderang bilik si Delisha. Kalau
tadi dah macam rumah hantu biliknya. Sherammm!
Ifra: Aku tau ni bukan Delisha yg aku kenal. Kau kena lawan Sha. Jangan ikotkan sangat perasaan tu. Kau boleh! Syaitan tahu ni waktu kau lemah. Aku tau kau tengah ABC. Kau pasang je ayat suci Al-Quran kat laptop kau
ni Sha. Biar je terpasang
Ifra: Dah dah jangan layan perasaan kau ni! Pegi mandi
sekarang! Aku tunggu kau. Don’t worry. Kita pergi sama2.
Delisha: Ifra, kau pegi je la, aku takde mood la
Ifra: No No! kau kene lawan! Jom, nak aku mandikan kau
ke? Haha (sempat lg dia mengusik
Delisha)
Delisha: hmm, ye la. (perlahan2 dia bergerak turun katilnya)
Ifra: Hoi, kau nak
pakai bju ape, meh aku tolong iron. Alang2 menunggu ni. Susah tau Princess Ifra
nak volunteer tolong gosok. Kira special ni. Cepat 1..2.. ti… ( sambil menghitung dengan gaya divanya)
Delisha: Takpe Ifra, aku sarung je tshirt. Tudung pon
dah ada tergantung tu (sambil bergerak ke bilik air)
Ifra: ok ok yeayy takyah aku gosok. Hahahahah
Delisha: hmm.. *mls
nk dilayan si ifra. Dia berjalan longlai namun dahinya berkerut seribu seperti
sedang memikir urusan negara.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Kelas
hari tu berjalan seperti biasa, namun hanya Delisha yang tidak seperti
kebiasaannya. Dia diam tidak terkutik di tempat duduknya. Ifra perasan hal itu.
Delisha ibarat tiada di dalam kelas, hanya jasadnya berada di sebelah Ifra
namun fikirannya menerawang entah ke mana-mana. Mungkin ke Sepanyol? *Ish sempat
aje si Ifra ni, dalam otak pon suka bergurau
Selesai kelas
Ifra: Sha, jom jumpa Dr Wada nak? Nak tnya pasal part
discussion ni la. Aku tak faham sangat nak buat macam mane
Delisha: hmm kau pergi je lah. Aku ada hal sebenarnya
ni
Ifra: kau selalu mengelak bila aku ajak jumpe supervisor
kita. Kau okay tak ni Sha? Ada apa2 aku boleh tolong ke?
Delisha: takde apa2 Ifra. Okaylah aku gerak dulu tau Ifra.
Nak setelkan kerja
Ifra: ohh okay…, kau ada nak aku tanyakan apa2 tak
pada Dr Wada?
Delisha: hmm takde kot. Thankyou
*smbil
berlalu pergi
Ifra : hmm okayyy
“pelik lah .. tak kira! kena setel jugak dengan dia.
Aku akan face to face nanti!”
Tekad Ifra dalam hatinya
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Di bilik Delisha
Delisha
serabut melihat kertas-kertas atas mejanya. Itu semua kertas hasil kutipan data
untuk thesisnya. Ini tahun akhirnya, macam biasa setiap pelajar mesti
menyiapkan projek akhir tahun atau secara umumnya dikenali FYP (final year
project ye bukan find your partner. Ehh). Dia merasakan ape yang dilakukannya sia-sia,
dia rasa kosong sepertimana dia melihat kosong kertas-kertas yang bertaburan
itu. Dia ada terfikir untuk bertemu supervisornya tapi dia takut. Dia takut
untuk bersemuka dengan supervisornya. Bermacam-macam yang bermain di benak
fikirannya. Dia takut. Takut jika berjumpa supervisornya macam-macam yang akan
ditanya tentang perkembangan thesisnya. Dia takut dia tidak dapat menjawab
segala persoalan daripada supervisor yang sangat dia hormati. Jiwanya
berkecamuk, kepalanya berat.
Delisha: arghhh! Sakit kepala aku. Astaghfirullahalazim.
*dia meraup mukanya berkali-kali
Malah
sekarang, rutinnya sudah berubah. Setiap hari dia hanya mampu tidur apabila
sakit kepala dia menyerang dan segala kerjanya akan tertunda.
Dulu,
perkara yang sama berlaku di mana ketakutan untuk berjumpa dan berhadapan
dengan orang sekeliling menguasai dirinya, dia hanya mampu terbaring dan tidur.
Dia tidak dapat melakukan apa-apa. Dia lemah malah kebetulan hal ini terjadi
ketika musim peperiksaan. Dia beruntung kerana ada seorang sahabat yang
sentiasa ada dengannya, Kadang dia jugak pelik dengan sahabatnya seorang tu,
sentiasa ada dengannya saat susah, senang, koyak rabak, terpeleot, happy, sedih
macam tiada perasaan. Tapi dia sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti
Ifra yang tidak pernah tinggalkan dirinya saat dia di tahap paling down
tambah-tambah di waktu dia tidak terurus seperti sekarang. Paling tidak dapat
dilupa, Ifra pernah membuat salinan nota peta minda yang dibuatnya sendiri
untuk Delisha kerana Ifra tahu ketika itu Delisha tidak dapat fokus untuk
peperiksaannya itu. Ya Ifra selalu ada dengannya sejak dulu sampai sekarang.
Ifra tidak pernah ragu dengannya dan dialah sahabat yang setia sampai sekarang,
inshaaAllah inilah sahabat tilljannahnya.
Delisha: adakah aku patut beritahu Ifra tentang apa
yang berlaku? Apa yang aku rasa? Hmm… Yes, aku rasa aku patut cerita pada dia.
Kesian dia risaukan aku. Ya aku pon dah tak mampu nak pendam semua ni sorang
dan aku tahu dia antara orang yang tepat yang mampu meringankan beban kepalaku
malah aku tak mau dia risaukan aku.
Delisha
bertekad akan berkongsi segalanyanya dengan Ifra nanti.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Di bilik Ifra:
Ifra
sedang melipat sejadahnya, masih tersarung telekungnya, tiba2 terdengar ketukan
pintu biliknya tapi agak perlahan
Ifra
menuju ke arah pintu lalu menjenguk. Rupanya Delisha gerangan yang mengetuk
perlahan tadi tetapi ketika itu Delisha sudah berjalan mahu meninggalkan
biliknya
Ifra: shaa! Kau ketuk bilik aku ke? Kau nak jumpa aku?
Delisha: hmm takdelah fra, tak jadi
Terus Ifra mencapai tangan Delisha.. “kau jangan tipu
aku, aku kenal kau dah lama sha, meh masuk, cerita kat aku. Jom!”
Ifra: meh duduk meh.
(smbil mempersilakan Delisha duduk di katilnya) ceritalah. Aku tahu kau nak
cerita sesuatu kan. Keluarkan je Sha. Jangan pendam lagi. Jangan simpan
sorang-sorang Sha.
Delisha: hmm
(sambil mengeluh panjang)..
Maafkan aku Ifra. Macam aku cakap perkara lepas datang
balik pada aku. Aku rasa aku tak nak keluar bilik. Aku nak duduk je bilik tu.
Aku takut nak jumpe orang. Aku rase semua orang tak suka aku Ifra. Aku dapat
rasa pandangan diorang pada aku lain macam. Benda yang sama aku rasa sem lepas.
Tapi bila dalam bilik kadang-kadang aku rasa ada yang memerhatikan aku even aku
takut nak balas whatsapp yang kau hantar sebab aku takut orang lain yang baca. Sampai
tahap tu aku punye overthinking Fra. Tapi aku tak dapat nak elak
Ifra: takpe Delisha. Keluarkan je ape yang kau rasa
membebankan kau. (sambil menggenggam
jemari Delisha untuk menyalurkan kekuatan dan semangat)
Delisha: Aku minta maaf juga haritu aku tipu kau,
sebenarnya takde kerja pun yang perlu aku setel, tapi aku mengelak dari jumpe
Dr Wada. Aku takut Ifra, macam-macam aku fikir. Thesis aku ni pun aku rasa macam
tergendala. Aku rasa nk quit. Aku serabut la Ifra. Serabut sangat. Semua yang
aku buat aku rasa macam sia-sia.
Ifra: Delisha… kau sedar tak kita sekarang dah year
berapa? Kita dah final year sha. Dah hampir ke hujung Sha, Takkan kau nak give
up? (semakin erat genggaman
jemari Ifra pada Delisha, dia tidak mahu sahabatnya itu berputus asa begitu
sahaja). Jangan risau Sha. Aku ada dengan
kau. Nisa pun ada. Kitorang akan tolong kau. Kau percayakan kitorang kan?
Delisha: ye Ifra, korang je yang aku percaya setakat
ni. Aku rasa kalau tak aku boleh gila Fra. Terima kasih sebab tak pernah
tinggal aku, tak pernah pandang rendah pada aku.
Ifra: Ya Allah, kau sahabat aku Sha, InshaaAllah
sahabat smpai syurga. Susah kau, susah aku jugak, senang kau senang aku jugak.
Dah dah kita cuba selesaikan hal ni. Pasal takut kau tu kau jangan takut,
kitorang ada, untuk beberapa hari ni kau tido bilik aku. Jangan duduk sorang2.
Katil aku ni muat je untuk kau. Aku ni kan kurus je, hahaha. Kalau kau tak muat
kau tido je bawah tu, muat je. k gurau
je hehe (Datang dah si Ifra punya
ngokngek )
Yang pasal Dr Wada tu, aku rasa kau kena pergi terus
terang dengan Dr., bagitau semua yang kau rasa. Aku rasa Dr Wada faham je.
Mintak Dr bagi kau sedikit masa untuk kau siapkan. Aku boleh teman kalau kau
nak aku temankan kau.
Delisha: Terima kasih Ifra. Terima kasih. Kau temankan
aku ye jumpe Dr
Ifra: Boleh Sha. Kecik tapak tangan, stadium padang
bola aku tadah untuk kau, kalau tak cukup
lagi ceq bawak sawah padi rumah hang untuk hang. Hhahahha (terus bertukar
loghatnya)
Delisha: Hahaha (tergelak
kecil)
Ifra: tersenyum memandang sahabatnya . Alhamdulillah (detik hati kecilnya)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Sofiyya : che Rara, kenapa senyum sorang ni?
Ifra
tersentak. Tidak menyangka dirinya terbawa dek memorinya sehingga ekspresi
wajahnya turut berubah dalam keadaan dia tidak sedar
Ifra: Eh, takde apalah. Haa dah siap ke membeli? Kakak
dah pilih ke buku yang kakak nak? Adik mana? Dah pilih buku?
Sofiyya: dah, kami dah pilih che Rara. Adik macam
biasa lah suka sangat dengan komik detective conan dia tu. Kakak amik yang ni
che Rara. Boleh? (sambil ditunjukkan novel bersiri Ana Muslim )
Ifra: Haa boleh2, jom kita balik. Che Rara nak singgah
beli barang pulak kejap lagi. Kakak kata teringin makan cheesecake kan?
*Tersenyum
anak buahnya yang berusia 12 tahun itu
Sofiyya: Yeayy dapat makan cheesecake. Terima kasih
che Rara
Bila
disebut cheesecake maka Ifra akan teringat sahabatnya Delisha yang sangat suka
makan cheesecake. Memang hantu cheesecake dia tu. Semoga dia sekarang semakin bahagia
dan semoga ketakutan yang selalu dia alami tidak akan berulang. Ifra merindui
sahabatnya itu yang kini menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Mereka
selalu berhubung, dan menurut Delisha keadaan dia semakin membaik, cuma kadang-kadang
ketakutan tu datang tetapi Delisha semakin bijak mengawal keadaan malah jika
dia rasa takut dia akan menghubungi ifra untuk berkongsi dan katanya, sahabat
yang sama-sama dengannya sekarang turut sama memberi semngat. Jelaslah, betapa
sokongan orang sekeliling sangatlah memberi impak yang besar kepada golongan
yang mengalami masalah seperti ini. Walaupun
tahap depresi, atau mungkin kita boleh kategorikan Delisha lebih kepada
anxiety, tetapi perkara ini perlu dipandang serius terutama masyarakat
sekeliling yang selalu memandang rendah terhadap mereka yang mengalaminya.
Apabila
terkenangkan apa yang telah Delisha lalui, Ifra sangat bersyukur kerana Delisha
memilih untuk berkongsi daripada memendam. Kerana jika Delisha memilih untuk
memendam, mungkin kesannya lagi buruk dan mungkin Ifra turut akan kehilangan
sahabatnya itu. Sahabatnya itu sungguh kuat. Luar biasa kuat kerana bagi Ifra
dia sangat bersetuju dengan satu kata-kata “it
takes a tremendous strength for someone to admit and acknowledge that they have
any kind of mental disorder and it takes more strength to just tell someone
about it”. kata-kata ini dipetik di
laman sosialnya dan Delisha adalah insan yang sangat luar biasa kerana dia
mengakui yang dia turut tergolong dalam kalangan ini. Walaupun dia tidak pernah
bertemu pakar tetapi apabila membuat test
menggunakan diagnosis tools untuk
memeriksa tahap depresi, score yang
diperolehinya itu menunjukkan dia depress.
Tidak semua orang akan mengaku dirinya itu depress dan itu merupakan
kekuatan yang tidak semua orang ada.
Ifra
juga berpendapat, sebagai sahabat dan orang terdekat, jangan pernah sekalipun
kita mempunyai stigma yang buruk terhadap orang yang depress. Mereka hanya
perlukan seorang pendengar yang baik, seorang yang tidak judgemental dan tidak memandang rendah terhadap mereka. Malah ada
satu perkongsian daripada laman twitter yang berkongsi ; “for people with emotional and mental problem, being heard of what’s
in their heart when they talk about it somehow can make their problem more
manageable for them”.
Dan
golongan ini tidak semestinya memerlukan nasihat tetapi mereka lebih
membutuhkan tangan untuk menyokong, telinga untuk mendengar dan hati untuk
memahami mereka. Dan paling penting harus diingat, semua kekuatan yang
diperoleh merupakan kekuatan daripada Sang Pencipta. Hubungan dengan Allah paling
perlu dititik berat dalam situasi ini. Mungkin ini satu ujian untuk sahabatnya
itu dan Ifra senang kerana walau bagaimana kekusutan melanda sahabatnya itu,
Alhamdulillah hubungannya dengan Sang Pencipta tidak pernah putus malah lebih
dekat hanya mungkin jika pada waktu uzurnya sahaja keadaannya agak tidak
terurus kerana hormon yang tidak stabil dicampur dengan emosi yang tidak
menentu. Oleh itu waktu inilah kita sebagai sahabat harus sentiasa
mengingatkan. Kata sahabat till Jannah kan? hehe
Sofiyya: che Rara? *dia
menyapa Ifra sekali lagi apabila melihat che Raranya itu seperti mengelamun
Ifra: Eh apa sofiyya?
Sofiyya: Takde, Sofiyya cakap terima kasih.
Ifra: Ohh sama-sama. Okay, Jom kita balik!
Ifra
tersenyum dan memanggil seorang lagi anak buahnya lalu mereka bertiga
beriringan berjalan keluar dari kedai buku yang cukup terkenal itu.
---TAMAT---
P/s: Artikel ini telah menyertai penulisan Positive July 2018
Comments
Post a Comment