"Please Forgive Me.."
By Nur
Suatu ketika, ketika aku berada di masjid, ada jenazah yang
dibawa masuk setelah selesai proses pengurusan jenazah tersebut di hospital.
Jenazah tersebut merupakan seorang bayi kecil dan aku berpeluang menyertai
solat jenazah di masjid itu.
Selesai solat jenazah, semua orang berkumpul di tempat
jenazah dibaringkan, untuk menatap & mengucup wajah bersihnya, wajah anak
kecil yang tidak berdosa yang telah pergi meninggalkan dunia. Aku juga disitu,
hanya mampu melihat pelbagai reaksi & wajah sayu keluarga.
Kemudian, perhatian aku tertarik pada abangnya, seorang
budak kecil yang berusia 4 tahun yang duduk di samping jenazah sambil menatap
kosong adiknya yang telah dibalut kain kafan. Dalam lamunannya, tiba-tiba si
abang bersuara sayu memujuk:
“Adik….abang mintak
maaf tau, dulu…. abang berebut mainan…. dengan adik.”
“ Abang mintak maaf
tau …..sebab abang buat adik nangis haritu.”
“Abang mintak maaf
tau adik…jangan marah… abang.”
Sambil mengusap perlahan jenazah adiknya.
Aku yang tadinya seolah tidak berperasaan menatap pelbagai
reaksi, tiba-tiba aku merasakan air mataku pantas bergenang. Pantas aku
menyembunyikan air mata yang hampir mengalir ke wajahku.
Selesai urusan jenazah di masjid, aku sempat juga
menyaksikan urusan pengebumian jenazah dan sekali lagi si abang berada dekat
dengan aku. Kalini, di saat si abang melihat jenazah adiknya dibawa masuk ke
dalam liang lahad, dia mula bersuara perlahan sambil menatap jenazah adiknya:
“Adik, byee….jangan…nangis
tau sorang-sorang kat sini...”
“Abang…sayang….adik.”
Kalini tanpa sebarang tanda dan amaran, air mataku terus tumpah
dengan pantas. Aku tidak dapat lagi tahan air mataku. Sungguh sayu, ditambah
lagi waktu malam yang dingin sangat match dengan mood semua orang diwaktu itu.
Satu pengalaman yang tidak mungkin aku akan lupakan. Terima kasih atas
pengajaran, si Abang dan Adik.
Kisah ini mungkin agak simple tapi sangat memberi kesan
dalam hidup aku, bahawa:
1. Tidak kira muda atau tua, kematian itu akan hadir bila-bila masa. Ianya perkara yang pasti terhadap kita. Nak enjoy? Tidak salah, tapi perlu hadir dengan kesedaran untuk fikir balik adakah cara enjoy kita ni melanggar perintah Dia? Kalau tidak, maka silakan.
1. Tidak kira muda atau tua, kematian itu akan hadir bila-bila masa. Ianya perkara yang pasti terhadap kita. Nak enjoy? Tidak salah, tapi perlu hadir dengan kesedaran untuk fikir balik adakah cara enjoy kita ni melanggar perintah Dia? Kalau tidak, maka silakan.
2. Si abang tadi mungkin cuma seorang anak kecil
tapi mempunyai hati yang sangat matang,
lembut dan tidak ego untuk minta maaf (Walaupun sudah terlambat). Tapi still,
dia minta maaf dan tetap cakap yang dia sayang adik dia. Bagaimana dengan kita?
Kadang-kadang orang dah tiada di dunia pun kita masih menjaja kesalahan si
mati. Adakah kita tidak pernah buat salah langsung? Mungkin kita terlupa, kita
juga tidak sempurna. Cuma mungkin kita dianggap baik kerana Allah masih menjaga
aib kita.
3. Mengingati mati bukan tanda kita mula berputus
asa dalam hidup, bukan juga alasan untuk kita tidak bersungguh-sungguh malah
dengan mengingati mati sebenarnya mampu membuat kita menjadi insan yang bijak! Ianya
melatih kita menjadi insan berguna dunia akhirat. Cuba lah, kita pasti bisa!
4.
Berusahalah membuat kebaikan di dunia yang
sementara, untuk hidup bahagia di akhirat yang kekal di sana. Kerana dunia
bukan tempat untuk kita tinggal, tetapi tempat kita akan meninggal.
Thanks sudi baca!
Comments
Post a Comment