Beza
by Rasidda Norazmi
“Jat, asal nampak penat
je kau? Masam je muka tu?” ujar Hafiz lantas meneguk kopi yang baru dibancuhnya
tadi.
Amjad melabuhkan
punggungnya ke birai katil di bilik Hafiz. Dia meletakkan begnya di sisi katil
dan tersenyum.
“Biasalah, penat sikit.
Aku ada hal tadi kejap.”
Hafiz meletakkan cawannya
ke atas meja dan membetulkan duduknya di atas kerusi belajarnya.
“Kau tak penat ke? Ke
sana sini. Sebelum midterm pun busy, lepas midterm pun busy. Meeting sana sini.
Aku bukan apa, tengok kau pun study midterm hari itu macam last minute, aku tak
naklah kau abaikan perkara yang kau patut utamakan. “nasihat Hafiz. Banyak kali
juga dia terfikir patut atau tidak diteruskan niatnya untuk menegur sahabatnya
itu. Takut lain pula jadinya, tali persahabatan mereka mungkin menjadi taruhan.
Amjad tersenyum. Terdetik
rasa terharu dalam hatinya kerana memiliki sahabat yang sudi menasihatkan dia
sebegitu. Memang diakui silap dia, terlepas pandang deadline midterm yang
menjelma. Rasa menyesal mula menerpa. Ini bukan aku yang dulu,itu sahaja yang
mampu diucapkan di dalam hati.
“Caring betul kau dengan
aku kan. Terima kasihlah sudi nasihat aku. Satu benda je aku boleh cakap.
Mungkin ada ketika aku akan terjatuh, tapi percayalah, kawan kau ni akan selalu
bangun balik. Aku takkan terus biar diri aku tersungkur.” Dia mengukir lagi
senyumnya dan berkira hendak bangun dan mengambil begnya.
Dia melangkah ke arah
Hafiz yang kelihatan serba salah. Ditepuk lembut bahu sahabatnya.
“Kau akan faham nanti.”
Amjad melangkah keluar
dan berpaling.
“Aku ingat pesanan kau.
Thanks mate! Nanti nak dinner, ajak aku sekali.”
Hafiz mengangguk dan
menyandarkan dirinya. Berkerut dahinya menghadam kata kata sahabatnya tadi.
Ini jalan yang aku pilih.
Aku bukan macam orang lain. Ada bakat yang istimewa yang orang boleh pandang.
Aku tak ada apa apa. Kalau aku tak keluar dari kepompong aku, aku takkan
belajar benda baru. Aku takkan jumpa orang baru. Memang aku tersilap tak
utamakan perkara yang paling utama. Aku sendiri sedar, ini bukan aku yang dulu.
Sekarang aku banyak ambil mudah dengan semua benda.
Apa yang aku fikir ialah,
aku enjoy dengan apa yang aku buat. Baik dalam belajar atau dalam program, aku
percaya bila aku suka dengan apa yang aku buat, aku boleh settlekan semua benda
sesusah mana pun. Pada aku, aku dah cuba yang terbaik dalam segalanya. Cuma
mungkin bukan yang paling maximum yang aku boleh beri.
Dalam hidup aku, banyak
tanggungjawab yang aku kena galas, banyak harapan yang aku kena lunaskan. Aku
sedar bila aku dah graduate nanti, bukan semata mata sijil atau cgpa yang akan
aku pamerkan ke mata masyarakat. Sesuatu lebih dari itu, mungkin hanya aku yang
faham.
Allah tahu apa yang aku
rasa. Allah tahu betapa penatnya aku. Allah tahu betapa aku nak putus asa dari
segalanya. Tapi aku sendiri terpaksa. Dalam menjadikan diri aku sendiri seorang
manusia, manusia yang perlu belajar hidup dengan dunia luar nanti, aku kena
bermula dari sekarang. Macam yang aku cakap, aku bukan macam orang lain. Aku
berbeza,ya aku tahu itu. Dan dalam mencari perbezaan itu, aku kena lebih
mengenal diri aku.
Ini cara aku, mungkin
cara kau lain. Yang aku pasti, cara kita berbeza.
Amjad memulaskan
tombolnya pintunya. Dia mengukir senyum. Welcome back, the old version of Amjad!
Comments
Post a Comment